Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Mac. – Tadarus Al-Quran bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya sempena bulan Ramadhan 1446 Hijrah / 2025 Masihi berakhir petang tadi dengan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampong Beribi.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, diikuti dengan bacaan Juzuk 30 beramai-ramai bersama lapan puluh (80) qari dan qariah yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

ANTARA qari yang menyertai Tadarus Al-Quran disepanjang bulan Ramadhan 1446 Hijrah.
Majlis diteruskan dengan bacaan Tahtim dan Doa Khatam yang diketuai oleh wakil Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyampaikan wakaf kepada Imam Masjid Kampong Beribi.
Majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan wakaf yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan kepada Imam Masjid Kampong Beribi, Yang Mulia Awang Anuar bin Haji Salim, dan penyampaian sijil penghargaan kepada qari dan qariah serta para wakil Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.


PENYAMPAIAN sijil penghargaan.
Majlis diakhiri dengan solat Fardhu Maghrib berjemaah dan berbuka puasa.
Turut hadir, Setiausaha Tetap, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamed Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-ketua Jabatan; para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para ahli Masjid Kampong Beribi.
ANTARA jemputan perempuan yang hadir.
Majlis ini merupakan aktiviti keagamaan Kementerian Pembangunan bagi meraih pahala dan menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Ukur.
Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur.